PENGENALAN
mana-mana tempat kerja
• Arus elektrik tidak dapat dilihat
• Kematian dan kecederaan akibat tersentuh
wayar atau kabel elektrik yang ada arus
• Elektrik - punca tenaga yang utama dan
terdapat di mana-mana
• Kayu kering memberi rintangan tinggi bila
kering, bila basah ianya boleh mengalirkan
elektrik
• Kulit manusia bila kering memberi rintangan,
bila lembab rintangan berkurang
BEKALAN ELEKTRIK
• V = IR
• Arus ulang-alik dihasilkan di stesen janakuasa
• Arus dipindahkan melalui wayar/kabel (500 kV, 400 kV, 232 kV atau 132 kV) ke
substesen untuk diturunkan menjadi 66 kV, 33 kV, 11 kV, 415 V atau 240 V
• Rintangan arus diukur dalam ohm (Ω) dan bergantung kepada jenis, saiz dan suhu
bahan
• Logam (rintangan rendah) adalah konduktor dan kayu, kaca atau getah (rintangan
besar) adalah penebat

BAHAYA ELEKTRIK
• Tersentuh dengan wayar hidup (kejutan dan terbakar)
• Kerosakan elektrik boleh menyebabkan kebakaran
• Kebakaran atau letupan di mana tenaga elektrik menjadi punca (kawasan mengecat,
kilang peluru)
• Letupan elektrik
• Menggerakkan peralatan dengan sendiri
KERATAN AKHBAR
GAMBAR NAHAS YANG BERLAKU DI KOREA
keadaan landasan keretapi selepas nahas
kerosakan teruk pada bangunan akibat daripada letupan jana kuasa elektrik
keretapi yang mengakibatkan letupan
keadaan tanah yang disebabkan oleh nahas keretapi
kanak - kanak yang menjadi mangsa nahas
KEJUTAN ELEKTRIK
• Mengalir dari bahagian tersentuh, lalu semua organ dalam badan dan terus ke bumi
(240 V - 0 V)
• Tahap kejutan bergantung kepada:
1. Jumlah arus yang melalui badan
2. Laluan arus dalam badan
3. Jangkamasa tersentuh
4. Kesihatan badan seseorang
![]() |
keadaan kanak-kanak yang merbahaya yang membolehkan berlakunya renjatan elektrik |
![]() |
keadaan yang membolehkan berlakunya renjatan elektrik terus ke jantung |
KESAN ELEKTRIK KE ATAS BADAN
MANUSIA
ARUS | TINDAKBALAS |
1 mA | Rasa berdenyut |
5 mA | Sedikit kejutan, tidak sakit |
6-25 mA | kejutan yang sakit, kawalan otot hilang |
50-150 mA | sakit, susah bernafas, otot mengecut, boleh menyebabkan kematian |
1000-4300 mA | Ventricular fibrillation (jantung tidak boleh mengepam darah), otot mengecut, salur darah rosak dan mati |
KECEDERAAN TERBAKAR
• Terbakar dari kejutan elektrik
• Tiga jenis kecederaan - electrical burns, arc burns, thermal contact burns
• Electrical burns - hasil laluan tenaga elektrik melalui tisu atau tulang
• Kerosakan tisu hasil dari haba arus elektrik yang mengalir
• Arc/flash burns - suhu tinggi berhampiran dengan badan bila letupan atau arka elektrik
berlaku
• Thermal contact burns - tersentuh dengan permukaan panas konduktor, peralatan,
konduit dsb.
KERATAN AKHBAR MENGENAI KECEDERAAN YANG DISEBABKAN OLEH RENJATAN ELEKTRIK
GAMBAR KECEDERAAN YANG DISEBABKAN OLEH RENJATAN ELEKTRIK
PUNCA KEMALANGAN ELEKTRIK
• Penebat (insulation) yang rosak
• Perlindungan arus tinggi yang tidak cukup (fius, circuit breaker)
• Pembumian (earthing) yang tidak cukup
• Alat yang terlalu panas
• Penyambung (connector) yang longgar
• Sambungan tidak dilindungi
• Tiada penyenggaraan dan pemeriksaan
• Latihan yang kurang
• Kurang penyeliaan
• Amalan / tatakerja yang tidak lengkap / mencukupi
• Peralatan yang tidak disenggarakan
• Suasana tempat kerja yang merbahaya
LANGKAH KESELAMATAN
• Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik (diperiksa dan disenggara)
• Jangan gunakan peralatan yang rosak dan gantikan palam (plug) elektrik dan wayar
yang rosak, pecah atau luka
• Alat elektrik yang sudah tidak disambungkan dengan punca kuasa masih boleh
beroperasi kerana terdapat tenaga tersimpan dalam alat.
• Jalankan mesin untuk bebaskan tenaga tersimpan dalam alat walaupun sudah tidak
disambungkan dengan bekalan kuasa
• Tutup suis pada punca kuasa sebelum mencabut plug
• Pastikan wayar elektrik tidak berada di lantai untuk mengurangkan risiko
kerosakan atau tersentuh objek tajam
• Tahu lokasi suis utama bekalan elektrik
• Periksa lokasi wayar elektrik (overhead wire) dan jangan hampiri wayar yang putus atau berada di atas tanah
• Gunakan peralatan elektrik dengan betul
• Pastikan anggota badan dan peralatan elektrik bebas dari air dan kawasan
basah
• Jangan bebankan (overload) litar dan fius dengan menggunakan banyak
peralatan pada satu punca kuasa, guna power board dengan suis individu
• Hanya mereka yang layak sahaja boleh menjalankan kerja berkaitan dengan
elektrik
MENCEGAH KEMALANGAN

• Sistem kerja - bekalan elektrik mestilah ditutup, dipisahkan (isolate) dan dikunci (locked off), peralatan betul-betul “mati”, gunakan sistem permit kerja (PTW), semua peralatan ada penebat
• Penebat - jika bekerja hampir dengan litar atau bahagian tiada penebat gunakan tikar getah (rubber mat)
• Fius - mencair pada suhu tertentu disebabkan oleh haba dalam litar
• Circuit breaker - mengesan secara
elektromagnetik arus elektrik yang berlebihan
• Residual current device/ELCB - mengesan kerosakan pembumian dan memotong bekalan


PEMASANGAN SELAMAT
• Sediakan soket yang mencukupi
• Fius, circuit breaker dan peralatan lain mestilah
digunakan dengan betul (correctly rated)
• Suis hampir dengan setiap mesin untuk memotong bekalan
kuasa semasa kecemasan
• Suis utama mudah dikenalpasti, dilihat dan dicapai
PENYELENGGARAAN
• Kesemua peralatan elektrik, pemasangan wayar, janakuasa dan bateri disenggara
• Simpan rekod pemeriksaan dan ujian
• Kotak fius dan suis tidak mudah dibuka
• Orang berkelayakan membuat kerja-kerja elektrik (chargeman AO, A4, BO, B4)
• Periksa residual current circuit breaker/ELCB dengan menekan butang ujian (test
button)
• Tutup suis dan cabut plug sebelum sebarang kerja pencucian atau penyenggaraan
dijalankan
•Tutup suis peralatan dan soket sebelum memasang atau mencabut plug
• Jangan gunakan peralatan yang rosak dan labelkan “tidak boleh digunakan, rosak,
merbahaya dsb.”
ELEKTRIK STATIK
• Caj elektrik boleh berlaku semasa pergerakan tepung (powder) dan cecair
menyebabkan terjadinya elektrik statik
• Mengganggu pekerja
• Perlindungan melalui pembumian, pakaian anti-statik dsb.
• Contoh perlindungan dari elektrik statik - kilang elektronik, pemprosesan bijirin (silo)
dan peluru
Laporan
•Laporkan masalah kepada TNB
•Suruhanjaya Tenaga Malaysia