Tuesday 27 September 2011

SURUHANJAYA TENAGA 2011

Pengenalan
    Suruhanjaya Tenaga adalah badan berkanun yang bertanggungjawab mengawaselia 
        
          sektor tenaga di Malaysia.Ia ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya 2001. 
         
         Penubuhannya juga bertujuan untuk menghadapi cabaran dan perkembangan pesat 
         
         dalam sektor tenaga di Malaysia.

              Suruhanjaya Tenaga akan  memastikan pengawasan perundangan dengan cekap 

          terhadap sektor tenaga terutamanya kepada industri bekalan elektrik dan industri 

          bekalan gas pada peringkat retrikulasi.

              Suruhanjaya Tenaga mempunyai komitmen yang sepenuhnya dalam memastikan 

          bekalan elektrik dan gas secara berterusan ,mencukupi dan selamat untuk    

          kesejahteraan pengguna dan pembangunan ekonomi negara. 

Peranan dan Tanggungjawab
    Suruhanjaya Tenaga menyediakan rangkakerja perundangan yang menggalakkan  
     
         kecekapan dan persaingan di dalam industri tenaga,di samping memberi 

         perlindungan kepada pengguna.

              Di samping fungsi-fungsi yang telah di tetapkan di bawah Akta Suruhanjaya 

         Tenaga 2001,ianya bertanggujawab melaksanakan fungsi seperti berikut:
    
              -   Menasihati Menteri dalam isu yang berkaitan tenaga.
     
              -   Mengawalselia industri bekalan tenaga.
    
              -   Menggalakkan kecekapan dan keselamatan dalam industri bekalan tenaga.
     
              -   Menggalakkan persaingan dalam industri.
    
              -   Menggalakkan inovasi teknologi dalam sektor tenaga.

           -   menggalakkan penggunaan tenaga boleh dibaharui.

           -   Mengawalselia aspek teknikal dan keselamatan berhubung dengan  industri 

                bekalan elektrik dan gas.

Ahli Suruhanjaya

       •              Ahli-ahli Surhanjaya Tenaga dilantik oleh kerajaan dari kalangan mereka yang        

              berpengalaman luas dalam sektor tenaga.Suruhanjaya mempunyai tujuh keahlian 

              seperti berikut:-
          
                -  Pengerusi
           
                -  Dua wakil kerajaan
           
                -  Empat wakil bukan kerajaan.


     •              Ali Suruhanjaya dilantik dari pelbagai organisasi bagi menjamin kepentingan pihak-

             pihak yang terlibat di dalam industri tenaga.Pemilihan mereka dari pelbagai sektor 

             berdasarkan pengalaman luas setiap ahli membolehkan Suruhanjaya ini memainkan 

             peranan dengan lebih berkesan dalam pembangunan sektor tenaga negara.

     •              Suruhanjaya Tenaga dibantu oleh empat bahagian utama seperti berikut. 

1. (Bahagian Operasi dan Teknikal)
             • Bahagian operasi dan Teknikal mempunyai tiga jabatan iaitu Jabatan 

                Perbekalan Elektrik,Jabatan Keselamatan Elektrik dan Jabatan Gas.Bahagian ini 

                bertanggungjawab mengawalselia peraturan-peraturan keselamatan dalam 

                perkhidmatan bekalan dan pengunaan elektrik dan gas.

           •     Antara fungsi utama bahagian ini adalah:

                 -  meluluskan pepasangan elektrik dan gas

                 -  melulusksn dan mengiktiraf pekerja mahir dan kontraktor untuk industri  
                
                     elektrikal dan gas.

                -  menggalakkan dan mendidik penggunaan tenaga secara cekap dan selamat.
    
                -  menentukan kod ,amalan dan piawai untuk industri perbekalan dan talian paip 
              gas.
                   
     2. (Bahagian Ekonomi dan Perancangan)

          •    Bahagian Ekonomi dan Perancangan bertanggungjawab dalam fungsi kawalselia  

               ekonomi berkaitan dengan perkara berikut :

             - menggalakkan kecekapan ekonomi dalam industri tenaga.

             - menggalakkan dan melindungi persaingan dan pengendalian pasaran yang adil dan 
           
               cekap dalam industri tenaga

             - menggalakkan penyelidikkan mengenai penggunaan tenaga dapat dibaharui dan 

               penjimatan tenaga tidak dapat dibaharui.

   3. (Bahagian Undang-undang)

             •       Bahagian Undang-undang bertanggungjawab dalam fungsi perundangan 

                  Suruhanjaya yang meliputi aspek penguatkuasa dan peraturan ,penyiasatan dan 

                  pendakwaan.
  4.(Bahagian Pengurusan Korporat)

          •   Bahagian Pengurusan Korporat bertanggungjawab terhadap aspek pentadbiran, 

              pengurusan sumber manusia,kewangan ,teknologi maklumat dan komunikasi 

              korporat.
              Akta
        •  Bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga dan industri tenaga tertakluk di bawah akta dan 
            peraturan seperti berikut:

       - Akta Suruhanjaya Tenaga 2001

       - Akta Bekalan Elektrik 1990

       - Peraturan Bekalan Elektrik 1994

       - Akta Bekalan Elektrik (Pindaan)2001

       - Akta Bekalan Gas 1993

       - Peraturan Bekalan Gas 1997

       - Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2001

           Pejabat Kawasan

             Suruhanjaya Tenaga juga beroperasi di lapan buah kawasan dengan diketuai oleh 

        Pengarah kawasan. Pejabat kawasan Suruhanjaya Tenaga adalah seperti berikut:-

   - Butterworth,Pulau Pinang (Kawasan Utara)

   - Ipoh,Perak (Kawasan Utara)

   - Kota Bharu, Kelantan ( Kawasan Timur)

   - Kuantan, Pahang (Kawasan Timur)

   - Petaling Jaya,Selangor (Kawasan Selatan)

   - Johor Bahru, Johor (Kawasan Selatan)

   - Kota Kinabalu , Sabah. (Kawasan Sabah & Serawak)

   - Sandakan, Sabah (Kawasan Sabah & Serawak).

           Struktur Organisasi (Suruhanjaya Tenaga)

Dibantu oleh empat bahagian utama seperti berikut:-

1-  Bahagian Operasi dan Teknikal

2-  Bahagian Ekonomi dan Perancangan

3-  Bahagian Undang-undang.

4-  Bahagian Pengurusan Korporat.





No comments:

Post a Comment