Monday 26 September 2011

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990

PERATURAN-PERATURAN ELEKTRIK 1994 


AKTA

  • Peruntukan Undang-Undang dibawah proses Parlimen.
  • Dibuat olih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong.
  • Akta Bekalan Elektrik 1990(Akta 447).


PERATURAN


  • Peruntukan Undang-Undang berkenaan Akta - P.U (A)
  • Dibuat oleh Menteri (Kementerian Tenaga, Telekom dan Multimedia)
  • Peraturan-Peraturan Elektrik 1994(P.U(A)38) 

 SEJARAH


1949 - Akta 116 (Akta Elektrik 1949).

1951 - Peraturan-Peraturan Elektrik 1951.

1983 - Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983 (Akta 277) - Akta 1949 diubah pinda.

1984 - Peraturan Jemaah Pemeriksa Elektrik 1984.

1990 - Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

1990 - Peraturan-Peraturan Bekalan Elektrik 1990.

1994 - Peraturan-Peraturan Elektrik 1994.



 UNDANG-UNDANG MALAYSIA

 Akta 447


AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990 

SUATU AKTA mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengan ……

  • perlantikan dan fungsi Ketua Pengarah Bekalan Elektrik.
  • pembekalan elektrik pada harga yang munasabah.
  • perlesenan pepasangan elektrik dan pengawalan pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik.
Akta 447

AKTA BEKALAN ELEKTRIK 1990


SUSUNAN 
                                             Terdapat 12 bahagian  dan  56 seksyen

BAHAGIAN I
PERMULAAN
BAHAGIAN II
DIPOTONG
BAHAGIAN III
FUNGSI, TUGAS DAN KUASA SURUHANJAYA
BAHAGIAN IV
PEPASANGAN BERLESEN DAN BERDAFTAR
BAHAGIAN V
KAWALAN KOMPETEN
BAHAGIAN VA
PENGGUNAAN ELEKTRIK  DGN CEKAP

BAHAGIAN VI
PEMBEKALAN OLEH PEMEGANG LESEN

BAHAGIAN VII

PEMBERITAHUAN KEMALANGAN ATAU KEBAKARAN


BAHAGIAN VIII

SIASATAN DAN TIMBANGTARA

BAHAGIAN IX
KESALAHAN DAN PANALTI

BAHAGIAN X
AM

BAHAGIAN XI
KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN

BAHAGIAN XII
PELBAGAI

BAHAGIAN I  : PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas , mula berkuatkuasa dan pemakaian.

2. Tafsiran

Bahagian I (Seksyen 1) 

- Tajuk ringkas, mula berkuatkuasa dan pemakaian


(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan hendaklah mula  


      berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam 

      Warta. 


2) Akta ini hendaklah terpakai diseluruh Malaysia, walaubagaimanapun Menteri boleh 


     melalui perintah mengantung penguatkuasaaan keseluruhan atau mana-mana peruntukan 

    Akta ini dimana-mana Negeri.


Bahagian I (Seksyen 2)

 - Tafsiran

"bahaya" ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada   nyawa atau anggota   badan 

manusia kerana renjatan,   terbakar, atau kecederaan lain termasuklah bahaya   kepada 

harta, pepasangan atau kelengkapan yang   diakibatkan  oleh penjanakuasaan, penghantaran,   
pengagihan atau penggunaan tenaga. 

"cedera parah" dan "cedera" masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan 

kepadanya dalam Kanun Keseksaan; 

"dengan curang" mempunyai erti yang diberikan   kepadanya dalam Kanun Keseksaan;

"ditebat " ertinya disaluti atau dilindungi dengan bahan penebat;

"ditetapkan", melainkan jika dinyatakan selainnya, ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat dibawah seksyen 53;

“elektrik”, ertinya tenaga elektrik atau kuasa elektrik apabila dijana,dikeluarkan , dihantar, 

diagihkan, dibekalkan atau digunakan bagi apa-apa maksud kecuali bagi maksud 

penghantaran apa-apa komunikasi atau isyarat;

“hidup” atau “bertenaga”, apabila dipakai bagi sesuatu sistem atau mana-mana bahagian 

sesuatu sistem, ertinya bahawa voltan wujud diantara apa-apa konduktor dengan bumi atau 

diantara mana-mana konduktor dengan konduktor lain dalam sistem itu.

“janakuasa” ertinya mesin berputar daripada apa-apa jenis bagi menukar tenaga mekanik 

kepada tenaga elektrik;

“kawasan bekalan” ertinya kawasan yang dalamnya pihak berkuasa bekalan atau     

pemegang lesen dibenarkan untuk menjanakan dan/atau membakalkan tenaga; 


“kelengkapan” termasuklah apa-apa barang bagi maksud-maksud seperti penjanakuasaan, 

penukaran, penghantaran, pengagihan atau penggunaan tenaga elektrik, seperti mesin, 

pengubah, radas, alat penyukat, peranti pelindung, bahan pendawaian, aksesori dan 

perkakas; 

“keselamatan awam” ertinya penghindaran bahaya kepada orang awam, kepada harta 

awam dan kepada lebuh, rel keretapi, lapangan terbang, pelabuhan, terusan, limbungan, 

dermaga, pengkalan, jambatan, kerja gas dan apurtennya serta talian telegraf, talian telefon 

dan talian pengisyarat elektrik lain yang dipunyai atau dikendalikan oleh Kerajaan 

Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri; 

“keselamatan diri” ertinya penghindaran bahaya kepada individu atau kepada harta persendirian;

“Ketua Pengarah”
(dipotong);

“konduktor’ ertinya konduktor elektrik yang diatur supaya bersambung secara elektrik 

dengan sesuatu sistem;

“lampu awam” ertinya lampu elektrik yang digunakan untuk menerangi mana-mana lebuh 

atau tempat awam yang lain;

“lebuh” termasuklah apa-apa laluan, jalan, lorong, rua, medan, lapangan, gang, tempat lalu 

atau tanah lapang, sama ada jalan tembus atau tidak, yang diatasnya orang awam 

mempunyai hak lalu-lalang dan juga laluan jalan dan laluan jalan kaki diatas mana-mana 

jambatan awam; 

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan dibawah seksyen 9 dan termasuklah apa-apa lesen 

yang dikeluarkan dibawah mana-mana undang-undang lain yang berkuatkuasa sebelum 

pemasyuran Akta ini;

“mati”, apabila dipakai bagi apa-apa sistem atau sebahagian daripada sesuatau sistem, 

ertinya sistem itu tidak hidup atau bertenaga;

“motor” ertinya motor daripada apa-apa jenis bagi mengubah tenaga elektrik kepada tenga 

mekanik;

“orang diberikuasa” ertinya orang yang dilantik oleh pihak pengurusan atau pemunya 

sesuatu pepasangan, atau oleh seorang kontraktor, yang bertindak sebagai ejen untuk 

dan/atau bagi pihak pengurusan atau pemunya, untuk menjalankan tugas-tugas tertentu 

yang bersampingan dengan penjanakuasaan, penghantaran, pengagihan dan penggunaan 

tenaga:

Dengan syarat bahawa orang tersebut memiliki kelayakan-kelayakan yang ditetapkan bagi 

orang- orang yang melaksanakan tugas-tugas itu, atau jika tiada kelayakan ditetapkan, 

adalah kompeten bagi maksud ia diambil kerja dan beban membuktikan kekompetenan 

terletak pada majikan;

“orang kompeten” ertinya orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang 

dikeluarkan oleh Ketua Pengarah untuk melaksanakan kerja mengikut sekatan-sekatan, jika 

ada, yang dinyatakan dalam perakuan itu;

“Pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya 

yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini:

“pemegang lesen’
ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara;

“penebat”
, apabila digunakan sebagai kata sifat untuk mencirikan apa-apa bahan, ertinya 

penebat dari sekian saiz, kualiti dan binaan yang, mengikut hal keadaan, dapat memberikan 

perlindungan yang mencukupi terhadap bahaya;

"Pengarah”-(dipotong)

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang dilantik oleh Menteri dibawah 

Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;

“penggerak utama” ertinya mesin yang membekalkan tenaga mekanik ke janakuasa;

“pengguna” ertinya orang yang dibekalkan dengan tenaga atau yang premisnya pada masa 

ini disambungkan bagi maksud pembekalan tenaga oleh pihak berkuasa bekalan atau 

pemegang lesen;P

“pengubahan”
ertinya pengubahan voltan rendah kepada voltan yang lebih tinggi atau 

sebaliknya; 

“Pentadbir Tanah Daerah” mempunyai erti yang diberi kepada “Pentadbir Tanah” oleh 

seksyen 5 Kanun Tanah Negara dan erti “Pemungut” oleh seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah 

dan bagi Negeri Sarawak, “Pengarah” oleh seksyen 2 Kanun Tanah Sarawak; 

“penukaran” ertinya penukaran arus ulangalik kepada arus terus atau sebaliknya melalui 

cara statik atau dinamik;

“pepasangan” ertinya keseluruhan mana-mana logi atau kelengkapan dibawah satu 

pemunyaan atau, jika pihak pengurusan ditetapkan, orang yang menjaga pihak pengurusan 

itu, yang direkabentuk bagi pembekalan atau penggunaan tenaga, atau kedua-duanya, 

mengikut mana- mana yang berkenaan; termasuklah penggerk-penggerak utama, jika ada, 

berserta dengan semua logi, bangunan dan tanah yang perlu yang berkaitan dengannya, 

talian paip, talian bekalan dan radas penggunaan, jika ada;

“pepasangan awam” ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen bagi 

membekalkan tenaga kepada mana-mana orang selain daripada pemegang lesen;

Dengan syarat bahawa pemegang lesen boleh menggunakan tenaga bagi maksud-maksudnya 

sendiri jika penggunaan itu konsisten dengan terma-terma lesen;

“pepasangan persendirian”
ertinya pepasangan yang dikendalikan oleh pemegang lesen 

atau pemunya semata-mata bagi membekalkan tenaga kepada dan penggunaanya diatas 

harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau pemunya itu sendiri, atau, dalam hal 

seorang pengguna, yang mengambil tenaga daripada pepasangan awam atau pihak berkuasa 

bekalan, bagi kegunaan hanya diatas harta atau premis kepunyaan pemegang lesen atau 

pemunya sahaja;

“pihak berkuasa bekalan” ertinya mana-mana pihak berkuasa berkanun yang 

ditubuhkan oleh Akta Parlimen atau mana-mana undang-undang lain untuk 

menjanakuasakan dan/atau membekalkan tenaga;

“pihak pengurusan” ertinya orang yang pada masa ini ditugaskan menjaga sesuatu 

pepasangan;

“sesalur”
ertinya talian bekalan yang menerusinya tenaga dibekalkan atau boleh 

dibekalkan, samada talian itu sedang digunakan atau tidak; 

“sistem” ertinya sistem elektrik yang didalamnya semua konduktor dan kelengkapan 

disambungakan secara elektrik atau magnet;
“stesen janakuasa” ertinya mana-mana stesen bagi penjanaan kuasaan tenaga, termasuk 

apa-apa bangunan dan loji yang digunakan bagi maksud itu, serta tapaknya, dan termasuklah 

tapak yang dicadangkan untuk digunakan bagi suatu stesen janakuasa, tetapi tidak 

termassuk mana-mana stesen bagi pengubahan, penukaran, atau pengagihan tenaga;

“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya 

Tenaga 2001;

“talian aerial” ertinya talian bekalan elektrik yang ditempatkan diatas paras bumi dan 

ditempat terbuka, dan termasuklah talian perkhidmatan;

“talian bekalan” ertinya konduktor atau konduktor-konduktor atau kaedah lain untuk 

menyampaikan, menghantar atau mengagihkan tenaga, berserta dengan apa-apa selonsong, 

salutan, penutup, tiub, paip penebatatau tiang yang mengepungi, mengelilingi atau 

menompangi konduktor atau kaedah itu atau mana-mana bahagiannya, bersambung 

dengannya bagi maksud mengubah, menyampai, menghantar atau mengagihkan tenaga;

“talian bekalan utama”
ertinya mana-mana talian bekalan voltan tinggi yang atau voltan 

amat tinggi bagi menghantar tenaga daripada suatu stesen janakuasa ke stesen janakuasa 

yang lain atau ke pencawang dan termasuklah apa-apa bangunan atau bahagian bangunan 

yang digunakan berkaitan dengan talian bekalan sedemikian;

“tanah Negeri” tidak termasuk tanah rizab dan tanah bermilik;

“tanah rizab”
ertinya tanah yang dirizabkan bagi suatu maksud awam, rizab keretapi dan 

hutan simpan;

“tenaga”

“timbangtara” ertinya timbangtara di bawah dan mengikut seksyen 36;

“voltan amat tinggi”
ertinya voltan yang biasanya melebihi 3,000 volt;

“voltan tinggi”
ertinya voltan yang biasanya melebihi 600 volt tetapi tidak melebihi 3,000 

volt.









No comments:

Post a Comment